Kalau anda jejak kaki ke bangunan Medan Mara, Kuala Lumpur, pastinya anda akan terbau aroma roti yang sedang dibakar. Hmmm…harum dan pastinya enak!
Kaki akan melangkah mencari lokasi premis datangnya bau tersebut.
Sebaik langkah kaki sampai ke depan kedai, mata terus terpaut dengan pelbagai jenis roti yang tersusun atas rak jualan.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi berbanding kedai roti yang lain.
Setiap produk roti yang dijual di premis ini bukan dibuat secara berpusat kemudian dijual di kedai ini. Ia disediakan setiap hari. Buat hari ini, jual untuk hari ini sahaja. Dibuat di premis ini sendiri.
Selain roti, pelanggan juga boleh mendapatkan kek, pelbagai jenis biskut, pasta, pencuci mulut, aneka kerepek dan sebagainya.
Kedai ini seratus peratus milik bumiputera Islam. Bukan itu sahaja petugas di kedai ini juga semuanya bumiputera Islam. Produknya dijamin halal. Bagi umat Islam yang menggemari roti dan kek, tidak perlu lagi berasa was-was.
Kedai ini bersedia menerima tempahan roti, kek, pencuci mulut dan sebagainya untuk sebarang majlis.
Jangan lupa untuk berkunjung ke kedai roti di Medan Mara. Pasti memenuhi cita rasa anda.
Nama: SAFA BAKERY & CAFÉ
Lokasi: Lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Waktu Urus Niaga: Isnin-Jumaat, 8 pagi – 6.30 petang /Sabtu, 10 pagi – 4 petang.
No.Tel pemilik bersama kedai ini yang boleh dihubungi;
Puan Sarifah: 013 333 6507
Puan Siti: 013 300 6429
fuhh..
jadi lapar roti plak memalam gini.
titan recently posted…Grazie di Tutto