Semerbak Bau Harum Roti Dibakar Di Medan Mara Kuala Lumpur

Bagi mereka yang pertama kali jejak kaki ke Bangunan Medan Mara, Kuala Lumpur, pasti akan terbau aroma roti yang sedang dibakar. Terutama pada waktu pagi, di mana kebiasaannya roti dibuat dan dibakar.

Hmmm… harum dan pastinya enak!

Tertanya-tanya dan kaki tanpa sedar melangkah mencari punca bau.

Bila sudah tahu puncanya…

Pertama sekali mereka agak terkejut kerana ada kedai roti di Bangunan Medan Mara, HQ Majlis Amanah Rakyat – MARA, satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Keduanya ramai terkejut kerana kedai roti ini milik bumiputera Melayu. Ya, sebenarnya perkara ini agak menyedihkan juga bila masih ada Melayu yang tidak percaya orang Melayu boleh mengusahakan perniagaan kedai roti.

Pelbagai jenis roti ada dijual di sini.

Roti inti Kaya. Antara jualan laris di Safa Bakery
Roti inti Kaya. Antara jualan laris di Safa Bakery

Setiap roti dibuat segar setiap hari di kedai itu juga. Bukan dibuat secara berpusat dan dijual di sini. Buat hari ini, jual hari ini.

Selain roti, pelanggan juga boleh mendapatkan kek, biskut, aneka makanan ringan dan sebagainya.

Bagi umat Islam yang menggemari roti, tidak perlu was-was. Kedai ini seratus peratus milik bumiputera Islam. Bukan itu sahaja petugas di kedai ini juga semuanya bumiputera Islam warga tempatan.

Kedai ini bersedia menerima tempahan roti, kek, pencuci mulut dan sebagainya untuk sebarang majlis.

Jangan lupa untuk berkunjung ke kedai roti di Medan Mara. Pasti memenuhi cita rasa anda.

# Nama: SAFA BAKERY & CAFÉ

# Lokasi: Lot 1-12, GF Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

# Waktu Perniagaan: Isnin-Jumaat: 8 pagi – 6.30 petang /Sabtu: 10 pagi – 4 petang (waktu perniagaan mungkin berbeza sewaktu PKP)

# Cuti Umum: Tutup

# No.Tel pemilik bersama kedai ini yang boleh dihubungi:

Puan Sarifah: 013 333 6507

Puan Siti: 013 300 6429

===

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge