Safa Bakery & Café Satu-Satunya Kedai Bumiputera Melayu Di Tengah Kota Kuala Lumpur

Safa Bakery & Café dikatakan satu-satunya kedai roti dan kek kepunyaan bumiputera Melayu di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Safa Bakery & Café beroperasi di tingkat bawah Bangunan HQ Majlis Amanah Rakyat – MARA, di alamat Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Daripada tinjauan yang dibuat, kedai-kedai roti dan kek di pusat bandaraya Kuala Lumpur adalah kepunyaan bukan bumiputera, bukan Islam dan bukan Melayu kecuali jika ada yang terlepas pandang.

Bukannya tidak ada kedai roti dan kek kepunyaan Bumiputera Melayu, tetapi yang ada kebanyakkannya berada di pinggir atau luar kawasan bandaraya.

Safa Bakery & Café, kalau berdasarkan namanya, ia masih baru beroperasi. Namun dari segi pengusahanya, kedai roti dan kek ini boleh dikatakan hampir sama usianya dengan Bangunan Medan Mara itu sendiri. sudah lebih 23 tahun.

Ketika kedai ini memulakan operasi, bangunan SOGO dan Maju Junction (Parkson) berdekatan Medan Mara belum ada lagi. KLCC dan Menara KL pun belum ada lagi. Begitu juga dengan KL Monorel dan LRT.

Kedai roti dan kek ini telah melalui banyak cabaran sepanjang operasinya. Dimulakan oleh pemiliknya tanpa pengetahuan tentang bisnes roti dan kek. Dalam tanpa pengetahuan itu, ekonomi suram ketika memasuki alaf baru. Kos bahan mentah yang asyik naik tidak turun-turun dan cabaran dan halangan lain.

Seteruk mana pun cabaran, kedai roti dan kek ini masih kekal. Yang tidak kekal hanya namanya. Mulanya Vienna Pastry Home. Kerana nama Inggerisnya ditukar kepada Ikhwan Cake House. Kerana nama Ikhwan sudah banyak diguna dan pemiliknya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak, maka kini kedai ini ditukar nama kepada Safa Bakery & Café.

(p/s: sebab itu penting mendaftar nama perniagaan (brand) sebagai harta intelek, yang tidak boleh diguna pakai oleh pihak lain)

Walau menggunakan nama baru, susun atur kedai baru dan juga warna tema yang baru, pelanggan mahukan roti yang dibuat dengan cara lama.

Roti segar setiap hari!

Buat hari ini, jual hari ini. Dohnya diuli disini, dibentuk dan dibakar di sini juga. Dohnya atau rotinya bukan datang dari dapur berpusat. Pelanggan boleh melihat staff Safa melakukan kerja menguli dan membentuk roti kerana ada ruang terbuka yang boleh dilihat oleh pelanggan.

Ini antara perkara yang menarik pelanggan datang ke Safa. Pelanggan mahukan roti yang dibuat segar setiap hari, sama seperti dahulu.

Safa Bakery & Café mengekalkan jualan roti sebagai jualan utama. Pelanggan mempunyai banyak pilhan.

Pelabagai jenis bun (roti) berinti.

Pelbagai jenis bun (roti) pizza.

Pelbagai jenis pastry.

Dan aneka pilihan lain seperti laksa, spaghetti dan sebagainya.

Safa Bakery & Café menjemput pelanggan datang untuk mendapatkan roti yang dibuat segar setiap hari. Roti yang diusahakan oleh Bumiputera Melayu Islam.

Jemput datang ke Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ( HQ MARA ). Bersebelahan dengan Komplek Pertama. Bersambung dengan bangunan Busana MARA. Berdekatan SOGO dan Maju Junction.

2 Comments

  1. Rotinya pun nampak menarik. Apa yang penting ialah ianya dijamin halal dan bersih. Ini yang perlu menjadi pilihan utama kita sebagai muslim mencari produk yang halal.

  2. Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, kita perlu sokong perniagaan bumiputera ini, siapa pernah pergi? sedap ke x roti sana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge