SAFA Bakery & Café Menawarkan Aneka Biskut Raya Hasil Tangan Bukan Mesin!

 

Akhir Ramadan ini adalah hari raya. Selain baju raya, kalau tidak ada kuih raya, memang raya tidak sah!

Baju raya sudah siap ditempah dua tiga bulan sebelum Ramadan lagi. Kalau tempah lewat takut tidak siap pula. Lagi pula ramai penjahit sudah menolak tempahan sebulan dua sebelum Ramadan lagi.

Jadi baju raya sudah ada. Yang belum ada hanya biskut!

Boleh angkat ibu jari kalau boleh buat kuih raya sendiri. Tetapi selalunya, mereka yang menetap di kampung sahaja yang biasanya buat kuih raya sendiri. Itu pun sekarang ini, sudah ramai yang tidak mampu membuatnya lagi.

Lebih lagi yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini. Tiada yang sempat untuk membakar biskut di rumah. Masing-masing sibuk dengan kerja. Semuanya dibeli.

Tentunya mahu membeli biskut yang berkualiti dan murah pula harganya.

Berkualiti di sini, maksudnya sedap dan cukup rasanya. Lain biskut lain rasanya. Bukan beli berlainan jenis biskut, tetapi bila waktu makan, semua biskut itu hampir sama rasanya.

Rupa-rupanya, satu bancuhan sama dibuat berjenis biskut yang berlainan. Cuma lain bentuk dan warna dan hiasan sahaja. Rasa lain sikit kerana dibubuh perasa. Terang-terang pembeli ditipu kerana pembuat mahu kaut untung!

Jadi di mana mahu dapatkan biskut yang berkualiti dan kalau boleh murah pula harganya?

Sekiranya anda ingin mendapatkan biskut yang berkualiti dan berpatutan pula harga, SAFA Bakery & Café adalah tempat yang patut anda kunjungi.

Pada Ramadan ini, SAFA menawarkan aneka jenis biskut biskut buatan tangan. Ya! Dibuat dengan tangan bukan keluaran mesin secara besar-besaran. Anda boleh memilih biskut yang dihasilkan sendiri oleh pihak SAFA Bakery & Café atau keluaran bumiputera yang lain.

Sudah tentu SAFA turut menjual biskut keluaran pihak lain sebagai pilihan pengguna. Kalau sudah dibuat dengan tangan, mana mungkin mampu buat segala jenis biskut yang ada.

Anda boleh pilih biskut ‘trade mark’ SAFA seperti Fillers, Tart Kurma (Arab), Maamor kurma (Samarkand). Juga biskut lain, Almond, Peanut, dan sebagainya.

Selain itu terdapat juga aneka kerepek dan kek seperti kek gulung, kek lapis dan kek buah kukus.

Sepanjang Ramadan ini, SAFA Bakery & Café dibuka setiap hari.

Ya! Anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan biskut di mana sahaja tempat jualan pilihan anda. Sepanjang Ramadan ini terdapat banyak gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis biskut. Tunggu pilih sahaja yang berkenan di hati.

Namun ini antara sebabnya kenapa anda patut pilih SAFA untuk mendapatkan biskut-biskut pilihan:

1#Sekiranya ada apa-apa yang anda tidak puas hati dengan biskut yang dibeli (sebab-sebab munasabah) anda boleh datang semula ke SAFA bila-bila masa.

SAFA bukan gerai tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Yang hanya ada semasa Ramadan, selepas itu hilang! Bila sesiapa tidak puas hati beli di gerai seperti ini, sudah tidak boleh buat apa-apa kerana gerai sudah hilang selepas Ramadan. SAFA kekal ada.

2#Biskut buatan tangan ini memang lain struktur rasanya berbanding biskut buatan mesin. Walau pun bentuk mungkin tidak secantik buatan mesin. Rapuh dan lembutnya tersendiri! Hanya yang punya lidah ‘kematu’ sahaja tidak dapat bezakannya.

3#Setiap biskut keluaran SAFA dibuat paling awal hanya 2-3 hari sebelum mula puasa (1 Ramadan). Jadi pelanggan yang menikmati biskut (yang dikeluarkan sendiri) SAFA di pagi raya dijamin menikmati biskut yang hanya berusia sebulan!

SAFA tidak mengeluarkan biskut secara besar-besaran sebelumnya dan mengeluarkan dari stor untuk dijual pada Ramadan.

4#Jualan biskut di SAFA bukan bermusim hanya di Ramadan sahaja. SAFA menjual biskut sepanjang masa bersama roti dan kek. Jika anda ingin mendapatkan biskut pada bulan lain juga boleh.

Jadi bisnes biskut di SAFA bukan hanya mengambil kesempatan adanya Ramadan sahaja. Biskut ada sepanjang masa.

Datang ke SAFA Bakery & Café, beralamat di Lot 1-12, Bangunan Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Atau hubungi No.Tel ini untuk keterangan lanjut: (waktu pejabat sahaja dan sila beritahu no. ini didapati daripada wilayahdapur.com)

+6013 333 6507 (Puan Sharifah)

+6013 300 6429 (Puan Siti)

Sepanjang Ramadan Ini, SAFA dibuka setiap hari.

5 Comments

    1. Betul tu, cuma sudah tidak banyak orang yang berkesempatan buat sendiri kuih walau pandai. Mereka yang pandai pun membeli sekarang ni. Tidak sempat nak buat sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge