Safa Bakery Antara Satu-Satunya Kedai Roti Dan Kek Orang Melayu Di Tengah Bandaraya Kuala Lumpur | wilayahdapur.com

Tumpuan wilayahdapur.com ketika ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan SAFA BAKERY.

SAFA BAKERY

Pernahkah anda kunjungi kedai roti milik usahawan Melayu di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur?

Kedai roti di KL banyak. Tapi hampir tiada milik orang Melayu di pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Yang ada hanya di pinggir sahaja.

Kalau belum pernah berkunjung ke kedai roti dan kek yang diusahakan oleh usahawan Muslim Melayu Bumiputera, luangkan masa untuk datang ke Safa Bakery.

Dikatakan Safa Bakery adalah satu-satu kedai bakery bumiputera muslim di tengah-tengah ibukota KL.

Safa Bakery adalah kedai roti dan kek yang 100 peratus dimiliki oleh Bumiputera Melayu Muslim. Bukan itu sahaja, staff juga adalah bumiputra muslim.

Kedai roti dan kek ini sudah lama beroperasi (sebelumnya menggunakan nama lain) di premis yang sama. Sudah lebih 20 tahun.

ALAMAT:

Safa Bakery beroperasi di ground floor Bangunan Medan Mara (MARA HQ). Medan Mara adalah bangunan Mara lama, bergabung di sebelahnya Busana Mara (Mara baru).

Medan Mara dan Busana Mara berada di tengah antara Kompleks Pertama dan Bangunan Maju Junction di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR).

Berapit  antara Kompleks Pertama dan Menara Tun Ismail Ali di Jalan Raja laut.

Lantai GF Medan Mara tidak sebesar mana, jadi mudah untuk mencari Safa Bakery.

#Alamat pos: Lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja laut, 50350 Kuala Lumpur.

kedai roti bumiputera melayu di kuala lumpur

WAKTU OPERASI:

Medan Mara adalah bangunan kerajaan (HQ Majlis Amanah Rakyat – MARA), kerana itu Safa Bakery kebanyakkan masa operasinya adalah mengikut waktu pejabat.

Safa Bakery ramai dikunjungi waktu rehat pejabat tengahari. Memang waktu ini, ruang dalam Safa Bakery sesak!

#Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 6.00 petang

#Sabtu: 10.00 pagi – 4.00 petang

#Ahad: Cuti termasuk hari cuti umum.

PRODUK JUALAN:

Produk utama yang dijual di sini adalah aneka jenis roti/bun. Dibuat segar setiap hari. Pelanggan boleh melihat operasi dapur yang terbuka.

Selain roti, ada juga kek, pastry dan berjenis kerepek. Selain itu pilihan lain seperti spaghetti, laksa boleh didapati di sini.

Safa Bakery juga menawarkan aneka jenis biskut raya. Biskut ini ada sepanjang masa bukan musim raya sahaja. Tetapi pilihan biskut pada Ramadan untuk hari raya ada lebih banyak.

Roti, kek, pastry, biskut dan lainnya terbuka untuk tempahan.

NO.TEL UNTUK DIHUBUNGI

Apa-apa pertanyaan, sama ada untuk bertanya tentang produk atau tempahan, boleh hubungi no. di bawah (waktu kerja/pejabat sahaja):

#Puan Sarifah: 013 333 6507

#Puan Siti: 013 300 6429

Bagi yang belum pernah berkunjung ke Safa Bakery, datanglah ke sini dahulu sebelum membuat tempahan melalui telefon.

= = =

Safa Bakery telah diberikan sijil BeSS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. BeSS adalah Pengiktirafan Bersih Selamat dan Sihat bagi pengusaha premis makanan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge