Roti Apa Yang Paling Sedap di SAFA Bakery & café?

Kalau kamu menjual roti dan pelanggan bertanya, “Roti apa yang paling sedap?”

Bagaimana kamu mahu menjawabnya?

Pelanggan bertanya tanpa mempunyai maksud apa-apa. Dia memang mahu membeli roti yang sedap.

Tapi yang menggaru kepala adalah penjual. Bagaimana cara mahu menjawabnya?

Seperti penjual roti canai yang sukar soalan, “roti canai kosong sedap atau roti canai telor paling sedap?”

Begitu juga ‘sukar’ staff SAFA bakery & café untuk menjawab soalan bila pelanggan bertanya, roti apa yang paling sedap.

Penjual mana yang mahu menjawab, “roti ini sedap…roti ini tidak sedap sangat”.

Seperti tidak beradab pula kalau menjawab yang semua roti sedap! Kalau yang bertanya itu pelanggan tetap yang bergurau, bolehlah bergurau juga dengan jawapan “semua roti sedap!”

Setiap hari SAFA bakery & café menghasilkan banyak roti. Ada pelbagai pilihan. Setiap satunya ada penggemarnya tersendiri. Pelanggan boleh memilih roti apa yang mereka suka.

Ada pelanggan yang mengulang membeli roti yang sama setiap hari. Tidak mahu mencuba rasa roti yang lain.

Macam Pakcik Waras ini. (seperti nama orang dari seberang kerana memang asal usul pakcik ini dari seberang)

Ini Pakcik Waras bin Abdul Rani. Umurnya 76 tahun. Sudah lama bersara. Tapi khidmatnya masih tiada orang mahu ganti maka dia masih berkhidmat kontrak dengan agensi kerajaan, MARA.

Setiap pagi beliau bersarapan roti di SAFA. Sudah bertahun-tahun menjadi pelanggan tetap sejak zaman IKHWAN Cake House lagi. (nama lama sebelum SAFA Bakery & Café)

Dan setiap hari selama bertahun-tahun itu, Pakcik Waras hanya memilih Cheese Buns. Tidak jemu beliau memakan Cheese Buns bersama teh tarik. Cuba ditawarkan untuk merasa roti-roti yang lain, beliau tidak mahu.

Hanya jika kebetulan Cheese Buns belum dibakar semasa beliau datang, barulah dipilih roti yang lain. Itu pun hanya yang ada cheese juga.

Pelanggan yang lain pula, hari ini beli roti ini dan besoknya beli roti yang lain. Membeli roti yang tidak sama setiap hari. Mahu mencuba rasa setiap roti yang ada dijual.

Banyak pilihan roti selain Cheese Buns yang boleh pelanggan pilih dan rasa.

Antaranya, pelanggan boleh pilih pelbagai roti berinti seperti roti kaya yang sama legend seperti Cheese Plet.

Yang sukakan sosej, terdapat juga pelbagai roti berasaskan sosej (sosej ayam) seperti sosej roll.

Atau pilihan aneka pizza yang dibuat kecil dan comel seperti Mini Pizza Sosej.

Jadi, roti apa yang paling sedap di antara roti ini? Tidak tahu! Tidak bolehlah untuk berkata roti kaya lebih sedap dari sosej roll. Kedua roti ini berbeza rasanya.

Pelanggan kena rasa sendiri semua roti yang dijual di SAFA Bakery & Café dan pilih roti kegemaran sendiri.

Mungkin ada pelanggan lain seperti Pakcik Waras yang setia dengan Cheese Buns kerana itulah roti yang beliau gemar dan sedap pada dirinya berbanding roti lain.

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge