Petua Kafe Ikhwan Putrajaya Terlajak Laris

Tuan Pak Abdul Latip, penulis novel Islam tersohor negara telah menulis akan Petua Bisnes Kafe Ikhwan terlajak laris (Putrajaya)

Kafe ini laris sangat di antara kafe Ikhwan yang lain seluruh negara:

petua untuk melariskan jualan restoren dan kafe

> Pendapatan cecah lebih RM7,000 sehari
> Sentiada penuh dengan pelanggan sampai melimpah keluar dan beratur panjang
> 1,000 Kueh setiap pagi dan habis!
> 20kg tepung untuk roti canai pagi dan habis!
> Nasi lemak, mee goreng dan menu pagi lain.
> Pelagai jenis lauk pauk makan tengahari.

4 sebab utama pelanggan memilih Kafe Ikhwan:

1- Yakin makanan bersih dan halal
2- Tempatnya selesa.
3- Pakaian staf kemas
4- Layanan sangat mesra

Petua laris daripada staf Kafe Ikhwan sendiri:

> Niat berniaga kerana Allah dan Rasul-Nya. Bukan semata-mata mencari untung.
> Berniat untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan halal dan bersih.
> Sediakan makanan seperti untuk dimakan sendiri.
> Jangan sesekali mengurangkan kandungan bahan hanya untuk mengurangkan kos dan untung. Di sini pentingnya niat kerana Allah bukan kerana untung.

= = =
Usahawan yang terlibat dengan bisnes restoran atau kafe boleh mengambil petua ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge