Pengenalan

Cuba beritahu, rumah siapa yang tidak punya dapur?

Semalas-malas orang mahu memasak atau tidak tahu memasak pun, dan mereka saban hari makan di kedai atau telefon minta makanan di hantar ke rumah, pasti tetap ada dapur di rumah mereka.

Tiada rumah yang tiada dapur

Baik sebesar-besar rumah, mahu pun sekecil-kecil rumah, pasti ada dapur. Dia kaya atau dia itu miskin, bila memiliki rumah, rumahnya ada dapur.

Lain kalau dia gelandangan yang tiada rumah, maka dia tidak punya dapur.

Ada dapur moden cukup kelengkapan. Bahan apinya daripada tong gas, ada yang sukakan letrik sepenuhnya. Ada oven dan microwave. Lengkap dengan cabinet, peti ais dan sebagainya. Kesemuanya berjenama atau hanya sekadar yang boleh diguna biarpun murah daripada jenama tidak terkenal.

Ada yang masih berdapur lama seperti waktu dahulu. Dapur tungku batu bata. Apinya cuma bakaran kayu atau arang.

Apa pun keadaan dapur itu, asalkan tempat memasak dan menyediakan makanan, orang akan panggil itu dapur.

Dapur adalah ‘wilayah’ yang tersendiri.

Dapur  tidak seperti bahagian rumah yang lain. Kalau bahagian ruang tamu, ia boleh jadi tempat makan. Bila malam ia boleh jadi tempat tidur. Tempat bekerja, tempat bermain dan selainnya.

Amat jarang orang mengganggu wilayah dapur ini. Dapur ialah dapur, tiada aktiviti lain di situ kecuali memasak dan tempat makan. Seteruk-teruk kehidupan pun, dengan rumah yang kecil tiada ruang, orang akan cuba mengelak daripada tidur di dapur atau buat aktiviti selain memasak.

Apa juga jenis masakan, dapurlah tempat memasaknya.

Orang yang makan nasi akan masak di dapur. Orang suka makan roti, dapurlah tempat menguli dan membakar. Segala-gala jenis makanan disediakan di dapur. Bukan sahaja makanan, minuman juga disediakan di dapur.

Safa Bakery & Cafe, Medan Mara
Safa Bakery & Cafe, Medan Mara

Dapurlah tempatnya ibubapa memastikan anak-anak membesar dengan menyediakan pelbagai makanan menyelerakan. Di dapur juga ibubapa memastikan anak-anak sentiasa sehat bertenaga dengan menyediakan makanan lazat dan berzat

Dapur tempatnya, ibubapa (khususnya ibu) paling banyak menyalur rasa kasih sayangnya kepada anak-anak melalui makanan yang disediakan.

WilayahDapur bukan hanya bercerita khusus tentang nasi dan lauk pauk. Bukan juga hanya tentang roti, pastry atau kek. Bukan tentang makanan Asia atau barat sahaja.

Di sini, ceritanya adalah tentang Dapur dan Wilayahnya.

 

Dicatat oleh;

TUKANG MASAK. Kg.Baru, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge