Pengenalan Wilayah Dapur

Cuba beritahu, siapa yang tidak ada dapur di rumahnya?

Setiap rumah pasti ada dapur.

Rumah orang yang malas memasak ada dapur. Yang tidak tahu memasak dan saban hari makan di kedai atau sentiasa telefon minta makanan di hantar ke rumah, pasti tetap ada dapur di rumah mereka.

Yang minat makan dan minat memasak lebih lagi. Seboleh mungkin akan memewahkan dapur mereka dengan segala-gala yang perlu.

panduan bisnes bakeri

Baik sebesar-besar rumah, mahu pun sekecil-kecil rumah, pasti ada dapur.

Ada dapur moden dengan cukup kelengkapan bagi sebuah dapur. Dan ada yang punya dapur seadanya, cukup sekadar boleh memasak. Dan ada juga yang masih berdapur gaya lama. Bertungku batu bata. Apinya cuma bakaran kayu atau arang.

panduan bisnes penghantaran makananan

Apa pun keadaan dapur itu, asalkan tempat memasak dan menyediakan makanan, orang akan panggil itu dapur.

Dapur adalah ‘wilayah’ yang tersendiri.

Dapur  tidak seperti bahagian rumah yang lain. Kalau bahagian ruang tamu, ia boleh jadi tempat makan. Bila malam ia boleh jadi tempat tidur. Tempat bekerja, tempat bermain dan selainnya.

Amat jarang orang mengganggu wilayah dapur ini.

Dapur ialah dapur, tiada aktiviti lain di situ kecuali memasak dan tempat makan. Seteruk-teruk kehidupan pun, dengan rumah yang kecil tiada ruang, orang akan cuba mengelak buat aktiviti selain memasak.

Apa juga jenis masakan, dapurlah tempat memasaknya. Segala-gala jenis makanan disediakan di dapur. Bukan sahaja makanan, minuman juga disediakan di dapur.

Dapurlah tempatnya ibubapa memastikan anak-anak membesar dengan menyediakan pelbagai makanan menyelerakan. Di dapur juga ibubapa memastikan anak-anak sentiasa sehat bertenaga dengan menyediakan makanan lazat dan berzat

Dapur tempatnya, ibubapa (khususnya ibu) paling banyak menyalur rasa kasih sayangnya kepada anak-anak melalui makanan yang disediakan.

WilayahDapur ingin meneroka lebih dalam wilayah ini.

Lebih lagi bila sekarang ini, banyak orang telah menjadikan dapur sebagai ruang menjalankan bisnes dari rumah.

Seperti MENJALANKAN BISNES PENGHANTARAN MAKANAN DARI RUMAH.

Seperti MENJALANKAN BISNES BAKERI DARI RUMAH

Jadi dapur sekarang ini bukan lagi hanya tempat memasak untuk mengenyangkan ahli keluarga. Dapur sudah menjadi tempat menambah pendapatan bagi menambah baik ekonomi keluarga.

Blog ini ingin bercerita tentang DAPUR dan WILAYAHnya.

—-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge