Pengacara Siri TV Restaurant Impossible Ajar Cara Uruskan Cashflow dan Kongsikan 5 Cabaran Pemilik Restoran

Robert Irvine adalah chef terkenal yang mengacarakan rancangan Restaurant Impossible yang disiarkan di saluran Food Network.

Restaurant Impossible adalah siri rancangan reality TV untuk make-over restoran yang bermasalah atau hampir ditutup

Dalam siri ini Chef Robert Irvine bukan setakat melakukan penambahbaikan dan pemulihan dari segi penampilan restoran, beliau juga memberi nasihat pengurusan cashflow, pengurusan stok bahan mentah, latihan staf dan kebersihan restoran

Seperti selebriti chef yang lain, Chef Robert Irvine juga memiliki rangkaian restoran. Ada restorannya yang terpaksa ditutup kerana tidak membuat untung dan tim operasi tidak dapat menguruskan restoran itu dengan baik.

Kegagalan yang menyebabkan restoran ditutup membuatkan Robert Irvine semakin fokus mengemudi rancangan Restaurant Impossible untuk membantu pemilik restoran berjaya dengan restoran mereka.

Chef Robert Irvine mahu mengubah fakta daripada kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, di mana 60% restoran yang baru dibuka akan gagal dalam tahun pertama dan 80% yang berjaya di tahun pertama tidak mampu bertahan sehingga lima tahun.

Sepanjang mengendalikan rancangan Restaurant Impossible sejak 2011, Robert Irvine mendapati ada 5 cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh pemilik restoran.

5 Cabaran Pemilik Restoran

Sekiranya 5 cabaran ini tidak dikuasai atau diatasi, pemilik restoran berhadapan kemungkinan restoran mereka akan ditutup sejak tahun pertama lagi. Berikut adalah 5 cabaran tersebut.

1# Pemilik restoran kurang ilmu

Ramai orang fikir kerana mereka tahu memasak, maka mereka boleh buka restoran. Mereka tidak sedar, untuk membuka restoran tidak sekadar perlu tahu memasak. Mereka perlu tahu juga cara operasi sesebuah restoran.

Pengetahuan dalam pengurusan restoran inilah yang ‘menjamin’ kelangsungan sesebuah restoran. Kalau sekadar tahu memasak, semua ibu/wanita yang pandai memasak oleh membuka restoran.

Seperti kata seorang pakar pemasaran, “Kalau kau pandai masak kek paling sedap pun tapi kau tak pandai jual, kau makanlah kek tu seorang diri!”

Tetapi tidak semua ilmu perlu diketahui secara terperinci oleh pemilik. Mereka hanya perlu menguasai cara mengendali dan mengurus. Ilmu-ilmu khusus yang lain seperti pemasaran, akaun dan lainnya boleh diagih/diupah kepada orang lain.

2# Pengurus restoran tidak berpengalaman

Apa yang selalu dihadapi oleh pemilik restoran adalah bila mereka terpaksa buat semua kerja yang sepatutnya dibuat oleh pengurus/penyelia restoran. Ini terjadi bila mereka melantik pengurus yang tidak cekap.

Bila pengurus tidak cekap, kakitangan terabai dan mereka mudah berhenti. Cashflow tidak diurus dengan betul hingga berlaku banyak pembaziran bahan mentah, stok berlebihan, harga pembekal tinggi dan lainnya.

Pemilik hanya tahu bila keadaan sudah teruk dan segalanya sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

3# Akaun tidak diurus dengan bersistem

Akuan bukan sahaja tidak diurus dengan cekap melalui system yang sepatutnya untuk merekodkan segala kos pembelanjaan masuk dan keluar, juga tiada kakitangan khusus untuk menjaga akaun ini.

Selalunya, pemilik restoran sendiri yang uruskan hal akaun ini sedangkan dia sibuk dengan perkara lain. Kerana sibukkan hal lain, akaun ini tidak direkod secara detail.

4# Tiada pengalaman terbaik bagi pelanggan

Kata Chef Robert Irvine;

“Dari cara anda sambut kedatangan pelanggan di pintu masuk sehingga anda hantar mereka keluar setelah menikmati hidangan, ia akan menentukan jumlah keuntungan yang anda akan dapat.”

Restoran di Malaysia mungkin tidak menyambut dan menghantar pelanggan, tetapi pengalaman mereka dilayan, suasana restoran, rasa makanan atau harga mungkin menjadi pengalaman yang akan diingat selalu.

Ramai pemilik restoran tidak pentingkan pengalaman pelanggan ini.

Pemilik restoran tidak faham bagaimana pengalaman terbaik akan menyebabkan pelanggan akan datang lagi dan datang lagi. Ini akan membantu restoran mendapat keuntungan serta meningkatkan aliran masuk tunai melalui pelanggan tetap.

5# Tiada cara khusus penyediaan makanan dan tidak tahu ‘food presentation’ terbaik pada harga munasabah.

Ramai pemilik restoran mengabaikan standard khusus dalam penyediaan makanan. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak menjadikan satu sajian makanan itu ‘kelihatan sedap’ dengan hanya memandangnya sahaja.

Standard khusus untuk memastikan makanan kekal sama rasanya, walau siapa pun yang menyediakannya. Food presentation pula untuk menimbulkan keinginan mahu makan kepada pelanggan. Ini akan meningkatkan jualan.

= = =

Mereka yang ingin membina kerjaya atau memulakan bisnes restoran perlu menguasai pengurusan kewangan terutama bila kos barang mentah makanan tidak menentu atau tidak tetap harga.

Selain itu pengurusan kakitangan, seni melayan pelanggan, seni penyajian, kaedah menetapkan harga dan sebahagian lain adalah faktor yang saling berkait dalam menentukan kejayaan bisnes restoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge