Pelbagai Jenis Biskut Boleh Didapati Di Safa Sempena Raya 2018

Hari raya Eidul Fitri 2018 ini, jika tuan puan perlukan biskut untuk memeriahkan raya… boleh dapatkan dari Safa Bakery & Café.

Macam-macam biskut ada di Safa dan semuanya dibuat dengan tangan.

biskut raya 2018

Safa Bakery tidak sesekali membuat biskut banyak secara industry sebulan dua sebelum Ramadan dan menjual secara pukal sepanjang Ramadan.

Safa Bakery & Café hanya mula membuat biskut-biskut untuk jualan Ramadan seminggu sebelum puasa. Terus menerus dibuat sepanjang Ramadan sehingga 3-4 hari sebelum akhir Ramadan.

Jadi tuan puan yang mendapatkan biskut di Safa Bakery sepanjang Ramadan akan memperoleh biskut yang ‘fresh’ untuk hari raya nanti.

Biskut-biskut yang dibeli di Safa sepanjang bulan Ramadan ini tahan selama 3 bulan. Jadi biskut yang dibeli hanya berusia baru seminggu dua dan InShaAllah tahan untuk kegunaan Raya Eidhul Adha nanti….kalau belum dibuka.

Kalau sudah dibuka penutupnya, kena habiskan cepat. Ia tidak akan tahan lama (biskut-biskut ini tiada ubat tahan lama).

Semua biskut di Safa ada jaminan pulangan.

Kalau biskut dibeli mempunyai masalah, kurang masak ke, apa ke…maklumlah buat secara manual, jadi mungkin ada perkara yang terlepas pandang… maka boleh dipulangkan untuk penukaran atau kembalian wang.

Premis Safa adalah tetap bukan gerai bermusim, jadi tiada masalah untuk datang ke Safa. Berbanding bila membeli di gerai bermusim, jika biskut yang dibeli ada masalah, memang bermasalah lah mahu pulangkan semula sebab gerainya sudah tidak ada!

Sepanjang Ramadan Premis Safa dibuka setiap hari bekerja termasuk Sabtu dan Ahad.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

# Puan Sarifah Bikan [+] 013 333 6507

# Puan Siti Fatimah [+] 013 300 6429

Atau boleh terus datang ke Safa di alamat berikut:

# Safa Bakery & Café. Lot 1-12, GF Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge