Pastikan Dapur Sentiasa Bersih Setiap Kali Lepas Memasak

Dapur yang tidak kemas akan menimbulkan rasa kurang selesa ahli keluarga atau tetamu yang datang jika kebetulan mereka ingin menggunakan sinki atau ingin ke tandas.

Jadi, rutin membersihkan dapur cara keseluruhan perlu dibuat secara berkala. Sementara kerja membersihkan yang mudah-mudah mesti dibuat setiap hari terutama selepas selesai memasak.

Berikut beberapa panduan yang boleh diikuti supaya ruang dapur sentiasa bersih.

1 – Buang perkara tidak perlu.

Buat apa simpan barang yang tidak diperlukan lagi. Sama ada alatan yang rosak atau bahan makanan yang tamat tempoh. Tanpa kita sedar banyak barangan seperti ini di dapur kita terutama bahan mentah yang tamat tempoh yang sukar diperhatikan tarikh luputnya.

2 – Sentiasa mengelap.

Di dapur perlu sentiasa ada kain pengelap dan semburan bahan pencuci. Perlu sentiasa mengelap permukaan tempat kerja selesai kerja-kerja memasak. Sementara bahagian-bahagian seperti kabinet dan sebagainya perlu dielap mungkin seminggu sekali atau secara berkala.

3 – Guna papan pemotong berasingan.

Gunakan sekurang-kurang dua papan pemotong. Asingkan penggunaan untuk daging dan sayur-sayuran. Sebaik-baiknya asingkan juga untuk ayam dan daging. Jadi lebih baik adakan tiga papan pemotong.

4 – Sentiasa mop lantai.

Lantai perlu dipastikan bersih setiap hari daripada minyak dan sisa makanan bagi mengelak sesiapa saja terjatuh kerana licin

5 – Sediakan bakul sampah kecil.

Bakul sampah besar akan menimbulkan ketidakselesaan terutama bila ruang dapur sempit. Ia juga membuatkan kita ‘malas’ membuangnya cepat-cepat dan menunggu hingga penuh dulu. Bau yang tidak enak akan memenuhi ruang dapur bila sampah tidak dibuang secepatnya.

6 – Susun dengan teratur kelengkapan dapur.

Kerja memasak akan menjadi selesa bila kita dapat mencapai barang diperlukan dengan mudah. Dapur juga kelihatan bersih dan mudah dibersihkan bila barangan tidak bersepah merata.

7 – Pastikan tiada ruang untuk binatang perosak.

Setiap dapur perlu ada perangkap atau bahan penghapus binatang perosak. Susun atur barang dan kelengkapan dapur juga perlu dipastikan supaya binatang perosak tidak boleh bersarang.

8 – Ada rak tertutup.

Juga tentunya ada rak terbuka. Kelengkapan yang jarang diguna tapi perlu ada patut disimpan di dalam rak tertutup, supaya kelengkapan tidak cepat berhabuk. Hanya letak kelengkapan yang sering diguna di rak terbuka.

Jangan letak banyak barang pada ruang terbuka kerana ia boleh menyebabkan ruang dapur kelihatan berserabut atau padat.

Dapur yang bersih dan selesa digunakan boleh memberikan inspirasi untuk menghasilkan makanan yang sedap dan menyihatkan bagi hidangan keluarga.

Tahukah yang kita boleh memulakan bisnes makanan dari ruang dapur rumah kita?

KLIK LINK INI <<< untuk keterangan lebih lanjut bagaimana kita boleh memulakan bisnes bakery hanya dari dapur rumah kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge