Kisah Sebenar Roti Kegemaran Keluarga Puan Aisyah Yang Mengejutkan!

Pada awalnya…

Setiap pagi Puan Aisyah menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya. Sarapan yang disediakan cukup mudah, ringkas dan senang disediakan. Tambahan pula dia, suami dan anak-anak memang sukakannya, iaitu ROTI.

Roti beli di kedai. Di rumah Puan Aisyah hanya pelbagaikan cara hidangan. Roti bakar disapu pelbagai jenis jem atau  marjerin. Dibuat sandwich. Roti direndam dalam bancuhan telor dan digoreng. Roti digulung dengan inti dan digoreng atau roti kosong dimakan dengan kari, sup dan lain-lain kuah.

Pada satu hari Puan Aisyah tersentak!

Ini gara-gara laporan yang dibacanya dalam akhbar Utusan Pengguna keluaran September/Oktober 2006 yang mendedahkan 92% roti dalam pasaran yang diuji mengandungi terlalu banyak bahan pengawet.

Paling mengejutkan Puan Aisyah ialah kebanyakkan jenis roti dan ban yang sering dia dan ahli keluarganya makan termasuk dalam senarai roti yang mengandungi asid propionik (sejenis bahan pengawet) yang melebihi paras selamat.

Apa yang Puan Aisyah mesti buat?

Nampaknya Puan Aisyah terpaksa menguli tepung untuk membuat sendiri roti bagi memenuhi selera suaminya dan anak-anak serta seleranya sendiri. Untuk ditukar kepada makanan lain adalah tidak mungkin.

Puan Aisyah dan suami tentunya faham dengan situasi yang berlaku tapi anak-anak tidak mungkin faham.

Untuk membuat sendiri roti, puan Aisyah merasakan dia tidak ada kesempatan membuatnya kerana sibuk dengan tugas di pejabat dan kerja rumah yang lain.

Namun masalah yang sebenarnya adalah kerana dia tidak tahu dan dia tidak pernah mencuba untuk menguli dan membuat sendiri roti kerana menganggap susah untuk membuatnya.

Ini sebenarnya yang membuatkan Puan Aisyah tersentak!…

Hari ini hampir 3,000 bahan penambah rasa dan pengawet digunakan dalam pembuatan makanan. Tujuannya untuk menjadikan makanan yang dijual di pasaran kelihatan ‘asli’ atau ‘segar’ dan supaya makanan itu tahan lama.

Semua bahan ini bukan semulajadi. Dengan kata lainnya, ianya bahan kimia.

keratan-akhbar-roti-1

Bukan saja bahan penambah rasa dan pengawet dibuat dari bahan kimia. Malah ada ‘makanan’ yang dihasilkan sepenuhnya daripada bahan kimia. Ini selalunya terdiri dari makanan ringan kanak-kanak.

Dalam jangka pendek sebahagian bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, melemahkan tenaga, menjejaskan mental, tingkah laku berubah dan tindak balas imun menjadi lemah.

Dalam jangka panjang ia mengakibatkan peningkatan risiko kanser, penyakit kardiovaskular dan lain-lain masalah kesihatan. [Sumber; Jauhi Bahan Kimia Dalam Makanan; Panduan CAP; 2006]

Bahan pengawet yang digunakan dalam roti ialah asid propionik. Walaupun dibenarkan tapi tidak boleh melebihi dari had yang dibenarkan.

“ 92% roti dalam pasaran mengandungi bahan kimia yang berlebihan daripada had yang dibenarkan termasuk bahan lain yang meragukan,” … Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

92% roti ini terdiri dari pelbagai jenis ban, roti buku/bantal dan juga roti untuk jualan burger terutama dalam rangkaian makanan segera yang mengandungi 5x ganda jumlah asid propionik yang dibenarkan.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik dan natrium, kalium atau garam kalsium dalam jumlah tidak melebihi 2000mg/kg roti [Peraturan 65 [2] a].

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 sampel pada 2005 dan 25 sampel pada 2006) hanya ada 4 roti yang mengandungi asid di bawah 2000mg. Selebihnya [92%] mengandungi asid propionik melebihi 2000mg/kg.

Industri membuat roti di kilang-kilang besar yang mampu mengeluarkan 250,000 buku roti sehari perlu memikirkan cara untuk mengeluarkan roti dengan lebih banyak, lebih cepat dan lebih tahan lama.

Ini mendorong mereka menggunakan lebih banyak bahan kimia.

Bahan-bahan kimia ini tidak perlu dinyatakan pada label bungkusan sebagai bahan resepi kerana ia dikelaskan sebagai ‘bantuan pembakaran’.

Dengan bahasa yang mudah…bahan kimia tambahan ini dikategorikan sebagai MESIN! Penggunaan mesin memang tidak perlu dicatatkan pada label pembungkus.

“Kini teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Seperti mana kajian terbaharu menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” Petikan rencana, ‘The Shocking Truth About Bread’, dalam akhbar British: The Independent: 29 Ogos 2006

Selain bahan kimia, pengguna Muslim mungkin terkejut dengan kandungan lain di dalam roti. Mari kita lihat apa yang mungkin terkandung dalam roti yang kita makan;

1# Bahan daripada rambut…

Amat mengejutkan bila mengetahui bahawa dalam roti dan ada dalam makanan lain termasuk juga dalam ubatan dan kosmetik yang mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia iaitu L-cysteine (L-C).

keratan-akhbar-roti-2

Dalam pembuatan roti, L-C digunakan untuk meningkatkan  kekentalan doh dan dengan itu proses menguli akan lebih cepat. Ini untuk menjimatkan kos masa kerja dan penggunaan elektrik ketika menguli.

L-C juga ditambah dalam doh roti untuk memastikan doh tidak melekat pada peralatan-peralatan semasa proses membuat roti.

L-C juga digunakan untuk menghentikan pengecutan doh selepas ia dileperkan/diratakan, seperti untuk membuat pizza dan sebagainya.

L-C ini memang tidak disenaraikan sebagai bahan membuat roti kerana seperti yang saya katakan tadi, ia dikelaskan sebagai alat membantu dalam pemprosesan dan pembakaran. Ia dianggap sebagai mesin.

2# Lemak binatang…

Monogliserida digunakan dengan meluas dalam industri makanan. Monogliserida adalah bahan yang diperolehi daripada glycerine/gliserin. Glycerine terhasil dari lemak binatang dan juga hasil sampingan petroleum.

Apa yang dikhuatiri ialah glycerine ini dibuat dari lemak babi kerana glycerine dari lemak babi boleh dibuat dengan banyak, mudah dan kosnya murah berbanding sumber lain.

Monogliserida berfungsi sebagai agen untuk menjadikan bahan makanan itu kekal lembut dan untuk mengekalkan bau, rasa dan warna sesuatu produk itu.

Monogliserida diguna dalam pembuatan roti untuk mengekalkan kelembutan roti walaupun terdedah lama pada udara dan supaya roti itu tidak hilang bau dan rasanya walaupun roti itu telah lama.

3# Penggunaan bahan penaik yang berlebihan…

Selain itu, industri roti juga menggunakan 2-3x ganda melebihi jumlah yis yang diperlukan untuk menghasilkan sejumlah besar gas dengan tujuan menjadikan roti lembut dan gebu seperti span.

Pengambilan yis dalam jumlah yang besar boleh mengakibatkan gangguan radang usus dan jangkitan kandida [candidiasis/candida albicans] iaitu sejenis jangkitan kulat.

4# Bahan anti kulat…

Roti yang baru dikeluarkan dari oven akan disapu ketika panas dengan sebatian anti kulat sebelum disimpan 1-2 jam sebelum dipotong dan dibungkus.

Penggunaan agen anti kulat ini dikaitkan dengan tindak balas alergi dalam kalangan pekerja membuat roti dan menambah buruk penyakit alahan yang dihidapi oleh orang yang suka makan roti.

Agen antikulat yang biasa diguna ialah kalsium propionate [E282]

5# Alatan kerja yang diragui bahan buatannya…

Jabatan agama sebelum ini pernah beberapa kali merampas berus yang digunakan di kedai menjual roti dan kek. Berus ini buatan China yang diperbuat dari…BULU BABI!

Berus ini diguna untuk menyapu bahan anti kulat dan bahan pengilat di atas roti. Ia juga digunakan untuk menyapu lelemak atas dulang pembakar

keratan-akhbar-roti-3

Itu sebahagian perkara yang dapat disebutkan di sini. Itu belum dikira dari segi kebersihan dan sebagainya.

Tentunya kita pernah dengar berita tentang sebuah kilang roti di utara tanah air yang menggunakan kaki untuk menguli roti.

keratan-akhbar-roti-4

Walaupun senarai panjang panjang bahan kimia yang digunakan dalam makanan diluluskan untuk kegunaan dan dianggap selamat, namun penggambilan yang berterusan dan banyak boleh membahayakan;

  1. Boleh menyumbang kepada pengumpulan toksik dalam tubuh.
  2. Mengurangkan daya tahan tubuh kita terhadap serangan penyakit.

KUALA LUMPUR; Kementerian Kesihatan mengarahkah pengeluar dan pengguna roti Vigour 888 Filling Roll [sergestid shrimp flavor] memusnahkan produk berkenaan  kerana didapati melebihi standard bagi melamine.

Ketua Setiausahanya Datuk Mohd Nasir Mohd Ashraf berkata, selepas diuji oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian, sampel makanan itu didapati mengandungi 4.71 bahagian setiap juta [ppm].  Sedangkan syarat yang dibenarkan kementerian ialah 0 ppm melamine.

‘Kementerian sudah mengenal pasti produk serta syarikat itu dan mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk memusnahkan produk berkenaan…’, Bernama; Harian Metro, khamis, 9 Oktober 2008

keratan-akhbar-roti-5

Apa yang perlu kita buat untuk mengatasi masalah ini? Hanya ada satu jalan keluar daripada semua ini…iaitu buat roti sendiri!

Manusia telah buat roti sejak beribu tahun dulu. Bila anda menguli dan buat sendiri roti yang anda gemar memakannya, anda akan terpegun betapa mudahnya untuk membuat sendiri roti itu.

Selepas membuat roti yang pertama kali dalam hidup, anda pasti akan bertanyakan diri anda sendiri…

’kenapa saya tidak buat roti sendiri lebih awal?’

Pada akhirnya…

Sekarang tahulah Puan Aisyah bahawa menguli dan membuat roti tidaklah susah seperti yang disangka.

Dengan teknik yang mudah Puan Aisyah sudah boleh menguli roti. Semakin kerap dia menguli, teknik mengulinya makin baik. Roti yang dihasilkan daripada doh yang dia uli semakin ‘sempurna’. Rotinya naik gebu dengan baik.

Boleh dikatakan Puan Aisyah sudah mahir buat roti.

Kini Puan Aisyah tidak lagi risau tentang ‘bahan entah apa-apa’ yang terkandung dalam roti kerana dia tahu bahan apa yang dia gunakan dalam roti yang dibuatnya sendiri.

Suami dan anak-anak Puan Aisyah suka dengan roti yang dibuatnya. Mereka dapat makan roti yang enak dalam keadaan segar dan panas. Dan mereka dapat menikmati roti dengan bermacam-macam rasa atau inti yang mereka ingini.

Jiran sebelah rumah juga memuji keenakan roti yang dibuat oleh Puan Aisyah.

Pada mulanya Puan Aisyah memberi pada jiran-jiran untuk mereka rasa setelah mereka bertanya tentang ‘bau sedap harum’ yang tercium mereka dari dapur rumah Puan Aisyah.

Dapatkan PANDUAN MENGUSAHAKAN BAKERI HANYA DARI RUMAH

Dan sekarang jiran-jiran selalu menempah roti dengan bayaran yang memuaskan.

Kini Puan Aisyah tidak menang tangan membuat roti yang ditempah jiran-jiran, lebih-lebih lagi setelah ramai tahu tentang kemahirannya buat roti hasil ‘iklan dari mulut ke mulut’ mereka yang telah merasai dan suka dan roti buatannya.

Puan Aisyah rasa gembira dengan kemahiran baru ini yang dapat mendatangkan wang saku padanya.

Bila wang saku ini mula melebihi gaji tetap bulanannya, mula timbul keinginan dalam hati untuk mengembangkan kemahiran ini dengan berniaga cara sepenuh masa.

‘Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda yang baik [halal] yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepada-Nya,’ al Baqarah;172

‘wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu,’ al baqarah;168

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge