Jualan Pelbagai Biskut Raya Aidilfitri 2018 Dengan Harga Berpatutan Untuk Warga Kuala Lumpur Di Safa Bakery. Kenapa Mesti Beli Di Sini?

Sekarang kita berada pada pertengahan Ramadan. Sudah ramai yang mula sibuk sibuk hendak menyambut hari raya Aidilfitri 2018.

Ada yang sudah mula membeli belah untuk raya ini. Tidak mahu menunggu saat akhir. Sanggup bayar harga penuh asalkan tidak terperangkap dalam kesesakan. Sesak dengan orang, sesak dengan kenderaan.

Ada juga yang menunggu saat akhir. Biarlah bersesak asalkan boleh dapat harga murah sikit.

Dalam sibuk-sibuk cari baju raya, perhiasan, kelengkapan rumah dan sebagainya untuk memeriahkan raya nanti… jangan lupa biskut raya pula.

Kalau tidak lengkapkan meja dengan biskut raya, maka boleh kata…tidak lengkaplah raya!

Bagi warga kota yang sibuk, nak buat kuih raya…memang tidak ada masa. jadi alternatifnya…beli.

Tidak tahu nak beli biskut di mana?

Ini nak beritahu….Safa Bakery ada menyediakan pelbagai jenis biskut yang boleh anda beli untuk menyerikan meja sempena hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti.

biskut raya sedap dan murah

Antara banyak biskut yang dijual di serata kedai atau gerai di bazar Ramadan…kenapa anda patut pilih biskut di Safa Bakery?

Bagi warga kota terutamanya yang bekerja di pusat bandar atau pengunjung luar yang datang ke tengah bandar Kuala lumpur…ini sebabnya anda patut memilih biskut di safa.

# Safa sudah menjual biskut sudah cukup lama, sejak awal 90-an lagi. Safa juga bukan jual biskut bermusim masa Ramadan sahaja. Di luar bulan puasa pun anda oleh dapatkan biskut di premis Safa.

# Biskut di Safa bukan dibuat banyak sebulan dua sebelum puasa dan menjual lambak semasa Ramadan. Safa buat biskut untuk raya bermula seminggu sebelum puasa. Terus menerus dibuat sepanjang Ramadan sehingga 3-4 hari sebelum akhir Ramadan.

Jadi tuan puan yang mendapatkan biskut di Safa Bakery sepanjang Ramadan akan memperoleh biskut yang ‘fresh’ untuk hari raya nanti.

# Biskut-biskut yang dibeli di Safa sepanjang bulan Ramadan ini tahan selama 3 bulan. Jadi biskut yang dibeli hanya berusia baru seminggu dua dan InShaAllah tahan untuk kegunaan Raya Eidhul Adha nanti….kalau belum dibuka.

Kalau sudah dibuka penutupnya, kena habiskan cepat. Ia tidak akan tahan lama (biskut-biskut ini tiada ubat tahan lama).

# Semua biskut yang dibuat di Safa menggunakan cara manual. Home Made menggunakan tenaga manusia, bukan keluaran mesin (industry) dengan banyak sekaligus. Jadi walau biskut biskut ni kadang-kadang tidak sama saiznya, maklumlah dibuat dengan tangan…tapi kata orang ada ‘rasanya’.

biskut raya murah dan sedap

# Ada jaminan pulangan. Kalau biskut dibeli mempunyai masalah, kurang masak ke, apa ke…maklumlah buat secara manual, jadi mungkin ada perkara yang terlepas pandang… maka boleh dipulangkan untuk penukaran atau kembalian wang.

# Premis Safa adalah tetap bukan gerai bermusim, jadi tiada masalah untuk datang ke Safa. Berbanding bila membeli di gerai bermusim, jika biskut yang dibeli ada masalah, memang bermasalah lah mahu pulangkan semula sebab gerainya sudah tidak ada!

Sepanjang Ramadan Premis Safa dibuka setiap hari bekerja termasuk Sabtu dan Ahad.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

# Puan Sarifah Bikan [+] 013 333 6507

# Puan Siti Fatimah [+] 013 300 6429

Atau boleh terus datang ke Safa di alamat berikut:

# Safa Bakery & Café.  Lot 1-12, GF Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge