Ini WilayahDapur

Ini wilayah di mana orang yang suka makan, akan suka datang ke sini. Ini wilayah di mana orang yang tidak gemar makan, tetap perlu datang ke sini.

Ini wilayah di mana orang yang suka makan, akan banyak makan. Ini wilayah di mana orang yang tidak gemar makan, tetap perlu makan.

Orang yang hidup semata-mata untuk makan akan datang ke sini. Orang yang makan hanya untuk menyambung hidup turut datang ke sini.

dapur1

Ini wilayah di mana orang yang berselera makan dan orang yang kurang selera makan mencari makna tentang makanan.

Tidak ada seorang pun yang tidak pernah ke dapur. Ini wilayah kunjungan semua. Sebab itu tempat tumpuan ini dinamakan….WILAYAH DAPUR!

 

Dicatat oleh; TUKANG MASAK. Kg.Baru, Kuala Lumpur.