Bayar RM5 Je… Korang Boleh Sarapan Sepuas Hati Di Mama Chops & Grill

Korang yang berdekatan Medan Mara, kalau tidak tahu nak bersarapan pagi di mana… cubalah bersarapan buffet di Mama Chops $ Grill.

Korang bayar RM5 je, kemudian korang boleh makan sepuas hati. Tidak cukup sepinggan, boleh tambah sepinggan lagi. Tidak cukup? Tambah lagi sepinggan!

Boleh makan apa sahaja yang ada. Nasi lemak ada. Nasi goreng ada. Kadang-kadang ada kuih. Mungkin ada roti canai. Pulut dengan ikan masin pun ada. Bihun atau mee goreng. Boleh tambah roti bakar atau telur separuh masak.

Air yang ada hanya teh dan teh O. Air pun boleh tambah berkali-kali.

Satu kepala bayar RM5. Datang ramai bayar asing-asing. Tidak boleh kongsi. Bayar untuk sekali makan. Kalau  lepas puas makan kemudian jalan-jalan, bila lapar semula datang makan balik, korang kena bayar lain.

Lagi satu, korang kena makan di kedai. Tidak boleh bungkus. Kalau bungkus, harganya dikira lain.

Sarapan buffet ini mula jam 7.30 sehingga jam 11 pagi. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.

Lokasinya di mana?

Lokasinya di Mara Bistro, tepi bangunan Medan Mara (HQ MARA), Jalan Raja Laut. Mengadap bangunan Komplek Pertama. Cari lot 03. Nama kedainya… Mama Chops $ Grill.

Jadi… pastikan korang benar-benar lapar sebelum datang sarapan di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge