Amal 7 Cara Ini Untuk Elak Nasi Dimasak Tidak Cepat Basi

Kadang-kadang memang rasa bengang bila nasi yang dimasak untuk makan tengah hari sudah basi pada malamnya. Sedikit tidak apa ini. Ini seperiuk besar. Membazir.

Bagaimana ya, ibu kita dulu masak nasi boleh tahan sampai ke malam. Malah besoknya pula boleh dibuat nasi goreng. Nasi tidak basi.

mangkok-nasi

Bila diselidiki, ada 7 petua yang boleh diikuti untuk memastikan nasi yang dimasak tidak basi.

7 PETUA SUPAYA NASI TIDAK CEPAT BASI

PETUA #1 Pastikan periuk dibasuh bersih-bersih

Kadang-kadang kita basuh periuk sekadar ‘mahu tidak mahu’ sahaja. Ini mungkin akan menyebabkan bahagian dalam periuk gelap hitam dan masih ada sisa nasi yang tertinggal terutama bila nasi berkerak bila tidak dibasuh betul-betul.

Hal ini menyebabkan rice cooker tidak berfungsi ‘sepenuhnya’ yang boleh menjejaskan kualiti nasi yang dimasak.

Jadi pastikan periuk dibasuh sebersih mungkin selepas digunakan.

PETUA #2 Mensteril periuk dengan api

Kadang-kadang kita terbiarkan periuk yang masih bernasi begitu lama. Sebab balik kampung atau keluar rumah begitu lama. Nasi berair dan berulat. Bila dibasuh, bakterianya mungkin masih ada. Ini yang boleh menyebabkan nasi cepat basi.

Steril periuk ini dengan api untuk membunuh bakteria yang ada. Dengan cara telungkupkan periuk atas api dapur seketika.

PETUA #3 Masak air dalam periuk nasi

Cara ini mungkin fungsinya sama seperti petua #2. Masak air hingga mendidih. Masukkan daun pandan jika mahu supaya wap air bercampur daun pandan akan mewangikan ruang dapur.

Masak air dalam periuk ini bukan dibuat setiap kali mahu memanak nasi. Cukup dibuat sebulan sekali sahaja.

PETUA #4 Basuh sampai air basuhan jernih

Kata orang, jangan basuh beras terlampau sangat. Nanti zat beras akan hilang. Tapi adalah nyata yang bila dibilas hanya sekali, nasi akan cepat basi.

Lagi pula kalau dibasuh banyak kali, nasi akan hilang rasa. Memang benar nasi hilang rasa, tapi ia tetap ‘diserbu’ orang. Contohnya, nasi di kedai mamak tetap ada peminat yang ramai.

Selain itu untuk bilasan terakhir, guna air bertapis dan memasak juga gunakan air bertapis.

PETUA #5 Tambah secubit garam

Masukkan secubit garam dalam air beras supaya nasi bertambah kenyal, sedap dan tahan lama. Secubit sahaja. Jangan pula terlebih sampai sesudu kecil, nanti masin pula nasi.

PETUA #6 Perah limau nipis

Selain garam, boleh perahkan setengah biji limau nipis. Usah khuatir, rasa nasi tidak akan berubah menjadi masam. Kita Cuma perlukan sedikit asid untuk menjadikan nasi harum dan tahan lama.

PETUA #7 Kurangkan wap nasi

Selepas nasi dimasak, buka penutup dan kais-kais nasi supaya nasi masak sekata dan supaya wap nasi tidak tertumpu di bawah. Dan supaya wap terkeluar.

Dan bila kita buka penutup, penutupnya akan ada wap air. Buang wap air ini dan lap penutup dengan kain bersih.

Cara ini akan membuatkan nasi berderai dengan elok dan teksturnya menjadi lebih lembut.

Selain itu, jika nasi tidak dimakan dalam masa terdekat, cabut plug rice cooker supaya fungsi ‘warm’ tidak menghasilkan banyak wap.

MUDAHNYA MASAK NASI SUPAYA TIDAK CEPAT BASI

Jadi inilah petuanya yang selalu diguna ramai untuk memastikan nasi tidak cepat basi.

Begitu pun, keadaan nasi mungkin bergantung kepada suhu persekitaran dapur, jenis beras yang digunakan dan juga sukatan air.

Kalau anda ada cara lain untuk memastikan nasi tidak cepat basi, kongsikan pada ruangan komen.

2 Comments

  1. saya selalu 3 kali basuh saja… tapi takla basuh sampai nampak jernih… pastu bila dah masak, bukak tudung periuk bagi wap keluar.. if not, wap air akan mengalir kat tepi2.. bila dah lama.. nanti nasi tu berair dan kemungkinan tak best rasa
    imnajmi recently posted…Rahsia di sebalik rahsia De JavuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge