Ada Bau Harum Roti Dibakar Di Medan Mara Kuala Lumpur

Pertama kali mereka yang datang ke Medan Mara – Bangunan Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), mungkin akan terbau aroma harum roti yang sedang dibakar.

Hmmmm… harum dan pastinya enak!

Mereka tanya-tanya dan ada yang berusaha mencari punca bau.

Bila sudah tahu… ramai yang agak terkejut.

Mereka terkejut kerana ada kedai roti di Bangunan Medan Mara yang bersambung bangunan dengan Busana Mara. Bersebelahan dengan Bangunan Komplek Pertama. Medan Mara menghadap ke Jalan Raja Laut. Sementara Bangunan Busana Mara menghadap ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Mereka juga terkejut kerana ini Kedai Roti Bumiputera Melayu.

Ya, ini sesuatu yang agak menyedihkan juga bila masih ada Melayu yang tidak percaya orang Melayu boleh mengusahakan Perniagaan Kedai Roti. Bila tahu ada kedai roti orang Melayu, mereka terkejut.

Ini kedai SAFA BAKERY & CAFÉ.

Ada banyak juga jenis roti yang dijual di sini.

Roti tidak dibuat di dapur terasing. Semuanya dibuat di kedai ini juga. Dapurnya terbuka. Pelanggan boleh melihat kerja-kerja di dapur.

Roti dibuat setiap hari. Buat hari ini, jual hari ini.

Ada produk selain roti. Ada kek, biskut dan makanan ringan seperti meruku dan aneka kerepek.

Tidak perlu ragu membeli roti, kek dan produk lain di sini. Kedai ini seratus peratus milik Melayu Bumiputera Islam dan tidak ada ‘dapur tersembunyi’ yang mengeluarkan produk.

Kedai ini bersedia menerima tempahan roti, kek, pencuci mulut dan sebagainya untuk sebarang majlis.

Jangan lupa untuk berkunjung ke kedai roti di Medan Mara. Pasti memenuhi cita rasa anda.

# Nama: SAFA BAKERY & CAFÉ

# Lokasi: Lot 1-12, GF Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

# Waktu Perniagaan: Mengikut waktu pejabat kerajaan (kerana ini bangunan pejabat kerajaan)

# Cuti: Mengikut waktu cuti pejabat kerajaan

# No.Tel pemilik bersama kedai ini yang boleh dihubungi:

Puan Sarifah: 013 333 6507

Puan Siti: 013 300 6429

===

Yang ini mungkin sesuai untuk anda:

Klik >>> : PANDUAN INI SESUAI UNTUK MEREKA YA BERMINAT DALAM BIDANG BAKERY TAPI TIDAK BERMINAT BUKA KEDAI. BISNES BAKERI INI BOLEH DIUSAHAKAN DI RUMAH SAHAJA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge